Air pasang besar: Penduduk pantai barat Semenanjung disaran waspada

0
3

PENDUDUK di pesisir pantai khususnya di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung disaran lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku dalam tempoh empat hari bermula hari ini sehingga Rabu.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata walaupun fenomena air pasang besar pada kali ini berskala lebih kecil berbanding November lalu, keadaan akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang serentak yang akan menyebabkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai (coastal flooding).

“Kawasan-kawasan yang berisiko adalah di Kedah (Kuala Muda), Perak (Bagan Datoh), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) dan Johor (Batu Pahat dan Pontian).

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihat lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit.

“Orang ramai juga diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here