Lima daerah di Pahang dilanda gelombang kedua banjir

0
2

LIMA daerah di Pahang membabitkan Lipis, Maran, Bera, Rompin dan Raub dibadai gelombang kedua banjir sejak malam tadi, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang.

Astro Awani melaporkan empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Lipis yang menempatkan 206 mangsa banjir daripada 54 keluarga.

Di Maran pula seramai 116 mangsa daripada 36 keluarga ditempatkan di enam PPS dibuka hari ini dan Rompin, seramai 10 mangsa daripada tiga keluarga yang terjejas ditempatkan di dua PPS.

Di Bera pula, sebanyak satu PPS dibuka hari ini menempatkan 11 mangsa daripada tiga keluarga, sementara 11 PPS dibuka di Raub, menempatkan 227 mangsa daripada 65 keluarga.

Seramai 1,542 mangsa banjir gelombang pertama masih ditempatkan di 18 PPS yang dibuka sejak 18 Disember.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang memaklumkan lapan stesen sungai mencatatkan paras air sungai melebihi tahap waspada.

Manakala 13 stesen mencatatkan paras air sungai melepasi tahap amaran dan lima stesen mencatatkan paras air sungai melepasi tahap bahaya. – Malaysiapost

SF: Penduduk berhampiran sungai perlu berhati-hati susulan paras air yang melebihi tahap waspada

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here