Mangsa banjir di Johor terus meningkat

0
2
grafik

SEBANYAK 22 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di dua daerah di Johor melibatkan Segamat, Tangkak yang dilanda banjir sejak semalam.

Berdasarkan data aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri berkenaan adalah 1,040 orang membabitkan 289 keluarga setakat jam 4.32 petang tadi.

Jumlah itu terdiri daripada 768 dewasa, 246 kanak-kanak, 26 bayi serta termasuk 128 warga emas dan 10 orang kurang upaya (OKU)

Kesemua PPS yang dibuka adalah membabitkan dua jajahan iaitu 21 di Segamat dan satu di Tangkak.

Manakala di Pahang pula mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,741 mangsa daripada 542 keluarga dipindahkan yang terdiri daripada 1,267 dewasa, 423 kanak-kanak, 51 bayi, 150 warga emas dan 17 OKU.

Ia membabitkan 38 PPS dibuka melibatkan lapan daerah di Pekan dan Temerloh, Bentong, Raub, Lipis, Rompin, Bera, Maran, setakat jam 5.07 petang tadi

Sementara itu, secara keseluruhan keseluruhan 91 PPS dibuka susulan banjir yang melanda tujuh negeri sejak 18 Disember lalu dengan jumlah mangsa dipindahkan adalah 5,657 orang daripada 1,624 keluarga.

Negeri Sembilan pula mencatat jumlah mangsa iaitu 1,437 orang daripada 357 keluarga membabitkan 12 PPS, manakala Melaka seramai 600 mangsa daripada 155 keluarga di lapan PPS yang masih dibuka.

Sabah pula mencatatkan seramai 343 mangsa daripada 117 keluarga di dua PPS, Terengganu seramai 165 mangsa daripada 49 di empat PPS dan Kelantan seramai 331 mangsa daripada 115 keluarga di lima PPS. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here