Suami Anita Baharom meninggal dunia

0
2

SUAMI pelakon, Anita Baharom meninggal dunia akibat penyakit kencing manis di kediamannya di Shah Alam, awal pagi tadi.

Berita duka itu dikongsikan Anita menerusi laman Instagramnya hari ini.

“Assalamualaikum, duka cita saya memaklumkan bahawa suami tercinta, Ismadi bin Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya. Pada awal pagi tadi, 1 Januari 2022.

“Mohon doa dari saudara dan sahabat semua semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Allahyarham Mohd Ismadi, 50, adalah bekas wartawan dan penerbit program Astro.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga sejak 16 tahun lalu mendirikan rumah tangga sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here