Hati Ras Adiba luluh lihat OKU dibuli

0
3

AHLI Dewan Negara yang mewakili OKU, Senator Datuk Ras Adiba Radzi sedih melihat seorang lelaki sanggup memukul individu orang kurang Upaya (OKU) di Rumah Amal Murni, Kajang, Selangor.

Video berdurasi 22 saat dikongsi Ras Adiba di Twitternya memaparkan lelaki terbabit secara tiba-tiba memukul individu berkerusi roda dan difahamkan menghidap Cerebral Palsy (CP) atau kelumpuhan otak, dengan suatu objek seperti batu bata.

https://twitter.com/SenatorRasAdiba/status/1476788611727036417

Dia dilihat tidak berupaya mempertahankan diri, manakala lelaki yang menolaknya juga cuba untuk menolong namun lelaki terbabit terus memukul berulang kali.

Susulan itu, Ras Adiba mempersoalkan Rumah Amal Murni itu kerana membiarkan perilaku sedemikian di tempat tersebut.

“Kamu ingat kamu siapa?! Saya mengenali saudara OKU kita yang Cerebral Palsy ini sejak dia 4 tahun.

“Dia tidak boleh pertahankan dirinya dan perlu sokongan untuk menjaga dia dan kamu biar beliau dibuli sebegini! Rumah Amal Murni Kajang, kamu dah kenapa! Luluh hati saya,” tulisnya meluahkan ketidakpuasan hatinya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here