Dos penggalak capai harian tertinggi semalam – KJ

0
2
vaksin uitm

PEMBERIAN dos penggalak menghampiri 200,000 semalam – pencapaian harian tertinggi bagi ‘PICK-Booster’,” kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, pengurangan sela masa dan penambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara ‘walk-in’ telah meningkatkan program pemberian dos penggalak.

“Maka Dos penggalak sangat penting untuk mengekang gelombang varian Omicron,” katanya menerusi Twitternya.

Berdasarkan laman portal COVIDNOW, seramai 22,855,374 individu atau 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, sehingga semalam.

Sebanyak 23,148,776 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 87.5 peratus atau 2,753,927 melengkapkan vaksinasi manakala 2,846,238 atau 90.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 205,259 dos vaksin diberikan melibatkan 197,121 dos penggalak dengan 4,719 lengkap dos dan 3,419 dos pertama.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57,515,286 dos dengan 6,109,673 daripadanya adalah dos penggalak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here