Israel akan laksana suntikan dos keempat vaksin Covid-19

0
3
https://unsplash.com/photos/Y8r0RTNrIWM

KERAJAAN Israel hari ini memaklumkan akan mula menawarkan suntikan vaksin Covid-19 dos keempat kepada golongan paling rentan.

Dos akan diberikan selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, lapor Bernama yang memetik Agensi Anadolu (AA).

Pada 27 Disember lalu, sebuah pusat penyelidikan di Tel Aviv mengumumkan mereka telah memulakan kajian terhadap keberkesanan vaksin dos keempat.

Seramai 6,000 orang termasuk petugas kesihatan dijangka mendapat suntikan terbaharu itu.

Berikutan kemunculan baharu varian Omicron, Israel telah menyekat kemasukan rakyat asing ke negara tersebut. – Malaysiapost

Kredit Foto: Unsplash

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here