442 mangsa banjir positif Covid-19, 71 kes penyakit berjangkit

0
2

SEBANYAK 442 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir sehingga jam 3 petang hari ini.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain itu, menurutnya, sebanyak 71 kes penyakit berjangkit dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir hari ini.

“Ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (26 kes), penyakit kulit (30 kes), acute gastroenteritis (13 kes) dan penyakit tangan, kaki dan mulut (dua kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 61 PPS masih beroperasi iaitu Kelantan (10), Pahang (43), Selangor (tujuh) dan Negeri Sembilan (satu).

“Jumlah mangsa terjejas banjir seramai 6,348 orang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here