KERJA pemindahan mangsa banjir di Kampung Baru Jalan Malaysia, Jeli, Kelantan sedang giat dijalankan.
Operasi itu dilaksanakan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerusi Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.
Terdahulu amaran cuaca peringkat bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan dijangka melanda tiga negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga esok.
Amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 3.50 petang ini menyebut kawasan terbabit di tiga negeri itu adalah Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan). – Malaysiapost

