Covid-19: Kes kembali melonjak, hampiri angka 4,000

0
3

KES baharu Covid-19 kembali menghampiri angka 4,000 apabila merekodkan 3,997 kes hari ini.

Jangkitan harian di Malaysia mencatatkan angka di bawah 3,000 buat tiga hari berturut-turut sehingga kelmarin sebelum semalam kes kembali melonjak kepada 3,683.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 2,754,513 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here