Amaran hujan lebat bahaya, buruk di Kelantan

0
3

JABATAN Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pagi ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (bahaya) yang dijangka berlaku di Jeli, Kelantan sehingga esok.

Pada masa sama, amaran hujan lebat berterusan (buruk) dijangka berlaku di Kelantan melibatkan jajahan Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.

Menurut MET Malaysia, cuaca sama dijangka berlaku di Terengganu melibatkan daerah Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman selain di Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan) sehingga Sabtu ini.

Hujan berterusan (waspada) juga dijangka berlaku di Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak).

Selain itu Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh); Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin) serta Johor sehingga Sabtu ini.

Semalam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir akan berlaku di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, bermula Jumaat dan Sabtu ini.

Ia susulan amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan oleh MET Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here