Banjir: Kerajaan beri baucar peralatan elektrik RM500 – PM

0
2

KERAJAAN bersetuju menyediakan pemberian baucar bernilai RM500 kepada mangsa banjir bagi pembelian peralatan elektrik yang mengalami kerosakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian baucar berkenaan dibuat kerana menyedari musibah banjir juga menyebabkan banyak kerosakan peralatan elektrik di rumah.

Sehubungan itu, katanya, setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak boleh memohon dan mendapatkan baucar bernilai RM500 semasa membuat pembelian sama ada secara fizikal di kedai dan pasar raya berdaftar atau di platform e-dagang yang diiktiraf Kementerian Tenaga dan Sumber Asli,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, bagi meringankan beban mangsa banjir yang mengalami kerosakan kenderaan peribadi, beberapa inisiatif turut dilaksanakan.

Pertama, katanya Perodua akan menyediakan perkhidmatan tunda kereta ke pusat servis Perodua secara percuma.

“Perodua turut bersetuju memberikan kos upah baik pulih dan servis berkaitan secara percuma dan diskaun sebanyak 50% ke atas alat ganti.

“Kedua, Proton juga bersetuju memberi diskaun alat ganti 50% bagi kebanyakan model kereta serta menawarkan caj tunda dan cuci kereta secara percuma di pusat-pusat servis mereka yang berdaftar.

“Selain itu, bagi syarikat kereta lain, hampir semua bersetuju menyediakan perkhidmatan tunda kereta percuma dan diskaun 25% atau lebih, ke atas alat ganti dan upah baik pulih di pusat servis yang berdaftar. Beberapa syarikat turut menawarkan bayaran secara ansuran sehingga tempoh satu tahun.

“Selain itu baucar RM1,000 untuk digunakan bagi tujuan pembaikan atau pembelian bagi menggantikan kenderaan peribadi yang telah mengalami kerosakan total,” katanya – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here