KKM tambah petugas di KLIA

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah jumlah petugas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk memastikan proses pemakaian peranti pengesanan digital berjalan dengan lancar dan lebih cepat bagi individu yang menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari negara berisiko tinggi penularan Covid-19 varian Omicron.

Menurut KKM proses kuarantin itu perlu dilaksanakan dengan baik demi keselesaan orang ramai di kala penularan Omicron yang berkemungkinan sudah berada dalam komuniti masyarakat.

“YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah hadir meninjau proses kemasukan dan kuarantin di Pintu Masuk Utama (PMA) KLIA malam tadi dan pemakaian peranti pengesan digital ke atas mereka dari negara berisiko tinggi.

“KKM akan menambahkan jumlah petugas di KLIA untuk memastikan proses pemakaian peranti pengesanan digital berjalan dengan lancar dan lebih cepat,” menurut KKM dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Terdahulu Malaysiapost melaporkan tular satu video di aplikasi TikTok mendakwa berlaku kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan jemaah yang baru pulang dari mengerjakan ibadat umrah di Tanah Suci susulan.

Berdasarkan video berdurasi seminit 34 saat yang dimuat naik di akaun pengguna bernama Zulkufli Mohamed itu, kelihatan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin turut dirakam dalam video tular berkenaan.

Pengguna berkenaan mendakwa kekecohan yang dirakam itu adalah situasi selepas pulang dari umrah dengan percubaan pertama dari kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) peranti kepada jemaah yang baru pulang berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here