Jemaah umrah mengamuk?

0
2

TULAR satu video di aplikasi TikTok mendakwa berlaku kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan jemaah yang baru pulang dari mengerjakan ibadat umrah di Tanah Suci susulan.

Berdasarkan video berdurasi seminit 34 saat yang dimuat naik di akaun pengguna bernama Zulkufli Mohamed itu, kelihatan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin turut dirakam dalam video tular berkenaan.

Pengguna berkenaan mendakwa kekecohan yang dirakam itu adalah situasi selepas pulang dari umrah dengan percubaan pertama dari kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) peranti kepada jemaah yang baru pulang berkenaan.

Beliau mendakwa jemaah yang terbabit ‘mengamuk’ susulan proses untuk memakaikan peranti berkenaan memakan masa terlalu lama hingga lima jam.

“Prosedur operasi standard (SOP) mengarut, nak pakaikan jam tracker tetapi kerajaankerajaan tidak sedia…jadi haru biru semua.

“Nak pakai jam tracker tapi ambil masa yang sangat lama..SOP yang tak sedia,” katanya.

Khairy dalam sidang media Sabtu lalu memaklumkan individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib memakai gelang peranti pengesanan digital susulan peningkatan kes varian Omicron.

Menurutnya, pelaksanaan itu dibuat berikutan terdapat 30 daripada 49 varian Omicron di Malaysia yang dikesan pada 23 dan 24 Disember lalu adalah kes import dari Arab Saudi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here