Banjir kilat di Kajang

0
2

BEBERAPA kawasan serta laluan utama sekitar Kajang digenangi banjir kilat susulan hujan lebat sejak jam 4 petang tadi.

Antara lokasi terjejas adalah Apartmen Gien Court di Bandar Sungai Long, dan Taman Lembah Mewah, lapor Harian Metro.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan berhubung kejadian itu sekitar Kajang.

Menurutnya, bomba menerima panggilan pada jam 5.19 dan 5.35 petang daripada orang awam memaklumkan banjir kilat.

“Anggota bomba kemudian bergegas ke lokasi dan membuat pemantauan keadaan semasa,” katanya memetik portal itu.

Beliau berkata, banjir kilat itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa yang terpaksa dipindahkan.

Selain hujan lebat, katanya, faktor menyebabkan banjir kerana saluran longkang tersumbat sehingga aliran air melimpah ke laluan utama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here