Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir mula dibayar hari ini

0
1

SETAKAT hari ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM34 juta Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk disalurkan kepada 34,000 ketua isi rumah di negeri-negeri yang terjejas banjir yang mula dibayar pada hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata jumlah anggaran itu adalah berdasarkan maklumat ketua isi rumah yang berdaftar di Pusat Penempatan Sementara (PPS).

“Usaha mengenalpasti mangsa yang tidak berdaftar giat dilaksanakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan BWI dapat disalurkan segera,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Zuki berkata BWI sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah dan RM10,000 kepada waris mangsa bencana yang meninggal dunia telah disalurkan kepada pihak negeri.

Katanya, bantuan diselaraskan di peringkat PKOB dengan kerjasama ICU melalui tiga kaedah iaitu serahan tunai di PKOB atau serahan tunai rumah ke rumah serta pemindahan tunai secara atas talian (EFT). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here