
KES baharu Covid-19 kekal pada angka 2,000 buat hari kedua berturut-turut apabila mencatatkan 2,757 kes hari ini.
Angka itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam yang merekodkan 2,778 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 2,743,936 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – Malaysiapost
