SERAMAI 128 pelajar lelaki diarah berpindah susulan tanah runtuh berhampiran asrama didiami mereka di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak hari ini.
Kejadian itu dilaporkan pagi tadi dengan Balai Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan pada kira-kira jam 9 pagi.
Semua penghuni asrama itu diarahkan mengosongkan bangunan tersebut oleh pihak bomba selepas tinjauan serta pemantauan dilakukan di lokasi terbabit bersama pihak pengurusan UIA dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM).
Difahamkan, walaupun tiada kesan rekahan baharu pada lantai atau dinding bangunan, arahan mengosongkan bangunan dikeluarkan bagi mengelak kejadian tidak diingini serta memastikan keselamatan semua penghuni. – Malaysiapost
Kredit foto: Ihsan Bomba

