DATUK Razarudin Husain memulakan tugas rasminya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu, hari ini.
Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, tepat jam 7.30 pagi tadi diiringi Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Ruslan Khalid dan pegawai dari pejabat Urus Setia KPN.
Razarudin merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sejak 9 September 2020 dan kini menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang bersara pada 25 Disember lalu.
Turut diadakan bacaan doa selamat di pejabat Timbalan KPN yang dipimpin oleh Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, ACP Mohd Zakarim Abdullah @ Zakaria. – Malaysiapost

