Ni betul-betul nak bantu atau nak buat ‘movie’? – Bung Moktar

0
1

VIDEO tular Datuk Seri Rina Harun menyembur air menggunakan ‘water jet’ di kawasan sekolah yang sudah bersih turut mendapat perhatian Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menerusi satu ciapan di Twitter, Ahli Parlimen Kinabatangan itu melahirkan rasa pelik dengan tindakan Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Malah Bung Moktar mempersoalkan sama ada Rina benar-benar mahu membantu membersihkan kawasan tersebut atau sekadar ‘wayang’.

“Saya tak faham ini betul betul nak bantu atau nak buat movie?,” ciap Bung Moktar.

Lewat malam tadi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjelaskan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sebenarnya mencuci kesan najis unggas dan cicak di lantai Sekolah Kebangsaan (SK) Salak Tinggi di Sepang.

JKM tampil menjelaskan demikian susulan video tular memaparkan Rina seperti mencuci lantai yang telah bersih menggunakan ‘waterjet’ di sekolah tersebut yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa banjir.

Menerusi kenyataan lewat malam tadi, JKM menafikan Rina sekadar ‘posing’ di depan kamera, sebaliknya menjelaskan pihaknya telah mengatur Operasi Pasca Bencana Banjir semalam dengan membersihkan sekolah itu yang dijadikan PPS dari 18 hingga 23 Disember. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here