BELUM sampai seminggu tragedi menyayat hati rumah Ebby Yus dihanyut banjir, episod duka pelawak dan pelakon itu bersambung selepas dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah paru-paru.
Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid, berkata kemungkinan masalah paru-paru itu berpunca sewaktu dia meredah air banjir besar yang berlaku minggu lalu.
“Saya saya berada di wad HKL. Sudah tiga hari. sekarang masih dalam wad.
“Ada masalah paru-paru katanya. Mungkin disebabkan saya harung air banjir atau sebagainya. Sekarang tengah check (periksa),” katanya kepada Malaysiapost.
Media melaporkan rumah Ebby yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di di Kuala Langat, Selangor dihanyutkan air deras dan kerugiaan yang dihadapinya hampir RM200,000.
Ebby yang berasal dari Negeri Sembilan kini difahamkan masih menyewa rumah di Kampung Baru di sini, sejak 20 tahun lalu. – Malaysiapost

