‘Saya anak tentera, apa niat nak kutuk ATM?’ – Harith Iskander

1
2

PELAKON dan pengacara Harith Iskander tampil memohon maaf berhubung hantarannya di media sosial yang menyentuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini.

Harith, 55, menerusi hantaran di Facebook, menjelaskan timbul kekeliruan dengan ciapannya di Twitter berkaitan bantuan pasukan keselamatan itu ketika banjir.

“Jika ada yang tersinggung, saya minta maaf sebab itu bukan niat saya.

“Saya seorang anak tentera dan dibesarkan di kem tentera, dengan itu cuba fikir apa niat saya nak kutuk ATM?,” katanya dalam hantaran itu.

Sebelum ini, Harith mendakwa tidak melihat anggota ATM sepanjang empat hari dia berada di kawasan terjejas banjir iaitu di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.

Harith berkata, tujuan pertanyaannya dalam hantaran tersebut kerana memikirkan jentera ATM tentu dapat dapat memudahkan pelaksanaan operasi menyelamat mangsa banjir.

“Ketika kejadian banjir itu, kami mengambil masa lebih satu jam untuk bergerak sejauh satu kilometer kerana tersangkut akibat sampah.

“Waktu itulah saya terfikir tentang kenderaan amfibia milik tentera,” ujarnya.

Dia menegaskan tidak pernah berniat untuk mempersoalkan penglibatan ATM dalam misi bantuan banjir.

“Saya dah banyak bekerjasama dengan ATM dari segi memberi sumbangan dan saya monghormati anggota ATM setinggi-tingginya,” jelasnya lagi. – Malaysiapost

1 COMMENT

  1. Kalau tidak tau bertanya kepada yang sepatutnya, bukan main hentam post kat media sosial, umur dah tua, tapi macam tak berapa matang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here