Banjir: Pemuda Umno Johor hantar 210 sukarelawan ke Selangor

0
2

PRIHATIN terhadap kesusahan dilalui mangsa banjir di Selangor, Pemuda Umno Johor menghantar seramai 210 sukarelawan ke negeri itu semalam.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika berkongsi mengenainya di laman Facebook berkata sukarelawan terdiri Skuad Sabil Johor itu dengan hadir menaiki 40 kenderaan pacuan empat roda serta van.

“Di Shah Alam, mereka dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk melakukan misi kerja-kerja pembersihan di tiga lokasi di Padang Jawa dan Kampung Kebun Bunga Batu 3 Shah Alam, Puchong dan Kota Raja.

“Saya sendiri sempat menyertai kumpulan yang melakukan misi pembersihan di Kampung Kebun Bunga. Jentera Johor turut dibantu Jentera Pemuda tempatan dan UMNOSiswa,” katanya.

Facebook Asyraf Wajdi turut turun padang membersihkan rumah penduduk. Foto Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Asyraf Wajdi berkata Pemuda Umno Johor turut membawa pelbagai barangan bantuan yang dimuatkan ke dalam empat lori dan 15 kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam misi bantuan kali ini.

“Semoga Allah merahmati segala amal bakti yang disumbangkan demi membantu rakyat yang ditimpa musibah banjir yang amat memeritkan,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here