Banjir: ‘Pelbagai keperitan dapat saya lihat dan dengar sendiri’ – Tengku Zafrul

0
2

MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui memahami penderitaan yang terpaksa dilalui mangsa banjir ketika turun padang menyertai misi bantuan di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.

Beliau berkata, menerusi misi itu pelbagai keperitan dihadapi mangsa dapat dilihat dan didengar sendiri olehnya termasuk peristiwa cemas dan memilukan.

“Bagaimana seorang pakcik yang terpaksa bermalam di atas pokok akibat dihanyut oleh air deras, makcik yang mendapati rumah beliau runtuh secara total,

“Selain keluarga yang terpaksa tinggal di dalam dapur kerana bahagian lain telah musnah, dan lain-lain peristiwa yang memilukan,” katanya menerusi Facebook.

Tengku Zafrul berkata, beliau menyertai program bantuan yang melibatkan 300 sukarelawan melalui beberapa NGO untuk membantu penduduk membersihkan rumah di Sungai Lui, Hulu Langat.

“Selain itu, Yayasan Hasanah dan rakan korporat yang bersama kami juga mengagihkan barangan seperti power bank, tikar, kain pelikat dan batik, kit covid (face mask dan sanitizer), lampin bayi, pad wanita, selimut, kit kebersihan diri kepada mangsa musibah ini.⠀

“Ramai mangsa berterima kasih atas pemberian barangan makanan,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, mangsa banjir kini bukan hanya memerlukan sumbangan keperluan tetapi juga tetapi juga bantuan tenaga kerja untuk membersihkan kediaman daripada kesan banjir termasuk lumpur dan selut. ⠀

“Saya sudah meminta Yayasan Hasanah agar mengerahkan lebih ramai lagi sukarelawan dan kakitangan GLC melalui Kelab Sukan dan sebagainya untuk turun ke padang membantu mangsa banjir ini.

“Saya bertemu seorang pakcik yang berasa terlalu gembira melihat kehadiran ramai sukarelawan yang turun membantu. Beliau tidak mungkin dapat membersihkan rumahnya dalam masa yang begitu singkat tanpa pertolongan sukarelawan. ‘They really need our help’,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here