Omicron: KKM kesan satu kes jangkitan tempatan di Sarawak

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan satu kes varian Omicron yang berkemungkinan jangkitan tempatan telah dilaporkan di Sarawak pada 24 Disember lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kes tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh tiga tahun serta punca jangkitan masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

“Kes ini merupakan seorang lelaki warganegara China berusia 38 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan di Sarawak selama tiga tahun. Kes telah menjalani ujian Covid-19 pada 18 Disember 2021 kerana mengalami demam dan batuk sejak 13 Disember 2021.

“Keputusan sampel didapati positif C-19 dovidan kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di bawah Hospital Umum Sarawak pada 20 Disember,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairy berkata, kes tersebut juga telah lengkap vaksinasi dan keadaan beliau adalah stabil.

Katanya, seramai dua kontak telah dikenal pasti iaitu seorang pemandu kenderaan dan seorang lagi kontak sosial.

Dalam masa sama, mulai 22 Disember lalu Kerajaan Sarawak telah mewajibkan semua pengembara dikuarantin di Pintu Masuk Antarabangsa yang pertama di Malaysia sebelum dibenarkan memasuki negeri itu.

Selain itu, katanya pengembara wajib memiliki keputusan saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) yang negatif sebelum diberi pelepasan dari kuarantin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here