Banjir: Jumlah mangsa di PPS Selangor turun 18,126 orang

0
3

JUMLAH mangsa banjir yang ditempatkan di 103 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor menurun kepada 18,126 orang sehingga semalam.

Justeru, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Facebooknya berkata, pihaknya sedang giat melaksanakan kerja kutipan sisa serta pembersihan rumah mangsa terlibat.

“Jumlah mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah menurun kepada 18,126 orang di 103 PPS seluruh Selangor.

“Kerja-kerja kutipan sisa serta pembersihan rumah sedang giat dilaksanakan supaya mangsa banjir boleh mula kembali ke rumah,” katanya ringkas.

Semalam, Amirudin bersama EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han meninjau operasi pembersihan sampah pukal oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) di Padang Jawa.

Dilaporkan, sebanyak 2,376 tan metrik sampah diangkut oleh anak syarikat Kerajaan Negeri itu di lapan daerah yang terjejas banjir setakat jam 9 malam tadi menggunakan 494 lori dan 39 mesin pengorek.

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan hujan luar biasa yang berterusan sejak Jumaat lalu ditambah dengan kejadian air pasang menyebabkan beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir.

Beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor memaklumkan bahawa taburan hujan berkenaan mencecah 380mm.

Katanya, jumlah itu adalah lebih dua kali ganda taburan hujan tertinggi yang dicatat sebelum ini iaitu kira-kira 180mm.

Sementara, air pasang di kawasan terbabit banjir pula mencecah hingga 4.5 meter. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here