JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan membantu melupuskan al-Quran yang rosak akibat banjir.
Menurut JAWI, al-Quran yang rosak akibat banjir itu akan dilupuskan mengikut panduan syarikat yang ditetapkan.
“Insya-Allah, Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, JAWI sedia membantu melupuskan al-Quran yang rosak akibat banjir mengikut panduan syariat.
“Darul Kalam terletak di Raudhatul Sakinah Taman Selasih Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
JAWI memaklumkan Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam boleh dihubungi di talian 03-22749333 sambungan 1410. – Malaysiapost

