PSUAM buat laporan salah guna kuasa SPRM

0
2

PERTUBUHAN Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) membuat laporan polis mengenai salah guna kuasa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Pengerusinya Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz, berkata laporan itu adalah mengenai tindakan pihak SPRM menyembunyikan bukti baharu yang boleh membantu dalam kes dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di mahkamah.

Menurutnya, ia membabitkan kenyataan media SPRM pada 19 November lalu mengenai wang berkaitan 1MDB berjumlah RM65 juta dalam akaun bank Datuk Tawfik Ayman yang merupakan suami Tan Sri Zeti Aziz telah dikembalikan oleh kerajaan Singapura.

“Begitu juga pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn Bhd (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil berjumlah RM3.6 juta. Selain itu media turut melaporkan, dana 1MDB diterima oleh Tan Sri Nor Mohd Yakcop dikatakan berjumlah RM85 juta.

“Pendedahan-pendedahan ini semua jelas menunjukkan bahawa Pejabat Peguam Negara, pihak pendakwaan dan agensi-agensi siasatan utama negara telah mengetahui salah laku Tan Sri Zeti Aziz dan Tan Sri Nor Mohd Yakcop sejak tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, PSUAM meminta agar pihak berkuasa menyiasat jika wujud usaha untuk menyorokkan salah laku pihak tertentu menembunyikan bukti supaya tidak dapat digunakan Najib bagi tujuan pembelaan kes-kes mahkamah beliau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here