Pemuda Amanah minta sumbangan beli ‘water jet’ RM1,000 dipersoal

0
2

TINDAKAN Pemuda Amanah meminta sumbangan orang ramai untuk membeli alat penembak air atau ‘water jet’ berharga RM1,000 menjadi tanda tanya ramai pihak.

Terbaharu, Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil mempersoalkan kenapa Pemuda Amanah mahu membeli ‘water jet’ yang mahal sedangkan jenama yang berkualiti sekitar RM400 sahaja.

“Pemuda Amanah minta sumbangan untuk beli waterjet dengan harga RM1,000 seunit. Mereka kata kononnya sebab ingin beli yang berkualiti. Waterjet jenis apa yang dia nak beli ini?.

“Saya pun ada waterjet yang berjenama dan berkualiti di rumah dan harganya hanya RM300-RM400 sahaja, sudah banyak kali saya guna dan sampai sekarang boleh dipakai,” katanya di Facebook.

Isham menambah, meskipun niat membantu mangsa banjir adalah langkah terpuji, namun ia perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa mempunyai agenda mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain untuk kepentingan peribadi.

“Kepada Pemuda Amanah, nak minta sumbangan boleh. Jika niat itu baik, perlu juga urus supaya tiada ketirisan atau persepsi ketirisan dalam sumbangan ini,” katanya.

Terdahulu, tular poster Pemuda Amanah yang memohon sumbangan orang ramai program kemanusiaan mangsa banjir.

Turut diberitahu dalam poster berkenaan, hasrat sayap Amanah itu yang mensasarkan membeli 65 ‘water jet’ berharga RM1,000 setiap satu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here