JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur.
Amaran yang membabitkan Selangor meliputi daerah Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Selain itu, di Negeri Sembilan pula meliputi daerah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, Melaka.
Sementara, Johor iaitu di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
Amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak di daerah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Selangau, Mukah dan Bintulu.
Manakala, bagi Sabah di daerah Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Kinabatangan, Sandakan, Kudat dan Pitas. – Malaysiapost

