Misi menyelamat mangsa banjir terkandas diteruskan – Bomba

0
2

OPERASI menyelamat dan mengeluarkan mangsa banjir di Selangor berjalan lancar walaupun hujan melanda negeri itu awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata setakat ini keadaan masih terkawal namun pihaknya masih bertungkus lumus membantu mangsa termasuk pemindahan dan menghantar makanan kepada mangsa yang terkandas.

“Anggota bomba sedang bersiap siaga di semua lokasi yang berisiko di Selangor,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Norazam berkata, keadaan banjir semakin baik dan hanya di Batu Arang di mana terdapat kawasan dinaiki air sehingga paras betis.

“Penduduk setempat sudah dinasihatkan berpindah namun masih belum mahu berbuat demikian ke tempat selamat.

“Bomba sedang memantau lokasi dan bersedia dengan logistik sekiranya pemindahan dibuat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan paras air di beberapa laluan di sekitar Shah Alam mula menunjukkan peningkatan.

Laluan tersebut melibatkan kawasan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya, Stadium Seksyen 13, Lanchong Jaya dan Seksyen 23 berhampiran pasaraya Hero.

Sehubungan itu, MBSA dalam kenyataan di Facebook rasminya, memohon orang ramai untuk berwaspada dan menggelakkan melalui kawasan tersebut.

Ia susulan keadaan hujan lebat berterusan sejak lewat malam tadi sehingga sekitar jam 6 pagi di Shah Alam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here