Bekas MB Johor, Osman Sapian meninggal dunia

0
2

BEKAS Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, 69, meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara, Kuala Lumpur pada jam 11.45 malam tadi.

Berita itu disahkan anaknya, Nornekman Osman.

Beliau memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir jam 11.45 malam tadi, lapor Astro Awani.

Pada 12 Oktober lalu, Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor selepas diserang strok ringan.

Pada 13 November, media melaporkan keadaan kesihatan Allahyarham semakin baik selepas dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor susulan serangan strok ringan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here