Covid-19: 57 kematian baharu, lima BID

0
1
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia menguruskan jenazah covid-19 setelah dimasukkan ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 57 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 31,192 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, satu daripada lima kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Setakat tengah malam tadi, terdapat 51,023 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 42,873 individu atau 84 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 4,069 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 3,728 kes dirawat di hospital dan 353 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 189 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here