Banjir Taman Sri Muda, 4 lagi mayat ditemui

0
2

EMPAT lagi mayat dipercayai mangsa banjir ditemui di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam sehingga jam 7 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata mangsa itu membabitkan dua lelaki dan dua wanita, manakala bangsa atau warganegara mereka belum dikenal pasti.

Katanya, pertambahan empat kematian hari ini menjadikan jumlah terkini korban banjir di Shah Alam adalah 12 orang iaitu tujuh lelaki dan lima perempuan.

“Kesemua mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses dibedah siasat dan kes disiasat mengikut mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Baharudin berkata, IPD Shah Alam membuka dua Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) iaitu di PKTK 1 di Taman Sri Muda dan PKTK 2 di Taman Kemuning Utama, Seksyen 33.

Beliau berkata, setakat ini seramai 583 mangsa banjir dipindahkan pada hari ini dan jumlah terkini mangsa di PPS di Shah Alam adalah seramai 3,982. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here