Amaran hujan berterusan di utara Semenanjung tamat

0
3

AMARAN hujan berterusan untuk negeri-negeri utara Semenanjung, yang dikeluarkan jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi tadi, ditamatkan.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan penamatan dibuat selepas didapati lekukan Tropika di sekitar utara Semenanjung telah melemah dan dijangka akan lenyap sepenuhnya.

“Jadi keadaan cuaca di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak dijangka akan bertambah baik.

“Sehubungan itu, amaran hujan berterusan yang dikeluarkan pada 6.45 pagi, 21 Disember (hari ini) untuk negeri-negeri berkenaan ditamatkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini, orang ramai boleh layari laman web rasmi, laman media sosial rasmi Jabatan atau
muat turun aplikasi, myCuaca.

“Talian hotline MetMalaysia 1-300 22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here