ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan anak perempuannya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri, meluangkan masa menyantuni mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor, hari ini.
Rata-rata mangsa banjir di PPS berkenaan terkejut ditanya khabar dua beranak terbabit yang hadir tanpa kawalan keselamatan dan protokol serta turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada mereka.

Difahamkan kedua-dua beranak itu memulakan tinjauan sejak awal pagi lagi bermula dari PPS Dewan Kekwa Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 17 Shah Alam, PPS Sekolah Rendah Agama Sementa dan PPS Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding.
Kebanyakan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan tidak menyangka kehadiran Muhaini dan Nina Sabrina, malah ada yang menangis kerana terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh isteri dan anak Perdana Menteri.

Menurut salah seorang mangsa, selain menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada mangsa, isteri Perdana Menteri turut berpesan agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan daripada Allah SWT. – Malaysiapost

