Mangsa banjir resah masa depan – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Padang Jawa Klang, pagi tadi.

Ahli Parlimen Pekan itu turut berkesempatan menyalurkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir.

“Pagi tadi saya di Padang Jawa, Klang bersama mangsa banjir. Luangkan masa bersama mereka dan membawa sedikit bantuan, makanan dan keperluan asas untuk semua,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, melihat situasi banjir di Selangor ini amat buruk dan ditambahkan dengan masalah wabak Covid-19 yang masih belum reda.

“Bencana ini bertambah dengan pandemik Covid-19 telah melumpuhkan ramai. Banjir datang, air naik cepat.

“Mereka ada anak-anak kecil. Ada pesakit strok. Ada yang sudah uzur dan berumur. Ada yang kurang upaya dan memerlukan pertolongan dari segi pergerakan.

“Ramai berkongsi dengan saya kesusahan yang mereka hadapi. Teruk banjir kali ini. Banjir telah mula surut di beberapa tempat,” katanya.

Menurutnya, manga-mangsa juga menzahirkan rasa resah dengan keadaan masa akan datang kerana mengalami kerugian harta benda termasuk rumah kereta.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Malaysia dapat berganding bahu menghulurkan bantuan tidak kira dari segi tenaga, makanan dan dana bagi membantu meringankan beban mereka.

“Kita perlu bantu rakyat Malaysia untuk bangkit semula.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Permudahkanlah segala urusan mereka yang ditimpa musibah banjir,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here