3 korban banjir ditemui di Taman Sri Muda

0
2

TIGA mayat dipercayai korban banjir ditemui di Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib yang mengesahkan penemuan tiga mayat itu, berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut.

“Dua mayat ditemukan jam 1 pagi manakala seorang lagi pada 5 pagi tadi,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Difahamkan kesemua mayat lelaki itu ditemui orang awam dan anggota bomba ketika kerja-kerja penyelamatan mangsa banjir sedang dilakukan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here