Ramai artis turut terjejas banjir

0
1

RUMAH pelawak Ebby Yus yang hampir siap dibina musnah sekelip mata apabila dihanyutkan banjir di Hulu Langat, Selangor semalam.

Kediaman berkonsepkan separa batu dan kayu itu yang sedang dalam proses pembinaan, musnah dihanyutkan arus deras banjir.

Memetik laporan Berita Harian, pembinaan rumah berkenaan dilaporkan telah menelan belanja kira-kira RM200,000 hasil daripada simpanan pembabitan pelawak itu dalam industri seni.

Sementara itu, banjir yang melanda beberapa kawasan utama di Selangor dan Kuala Lumpur turut meninggalkan kesan kepada artis lain seperti Afieq Shazwan serta Shila Amzah.

Bagi pelakon dan penyanyi, Afieq Shazwan bersama neneknya pula terpaksa mencari tempat berteduh sementara kerana rumah mereka terjejas teruk akibat bencana tersebut.

“Insya-Allah moga baik-baik saja Afieq terpaksa bawa mama (nenek) keluar dari rumah atas sebab air yang makin naik dan keadaan membimbangkan.

“Sebab Afieq keluar dan lihat keadaan luar yang makin teruk jadi buat masa ni mencari tempat berteduh sementara. Mohon doa dari semua buat mangsa-mangsa banjir kerana ada yang dalam keadaan lebih teruk dan terdesak” tulisnya di Instagram.

Afieq turut berkongsi video menunjukan dia sibuk mengemas barang di dalam biliknya yang dinaiki air sehingga paras buku lali sebelum berpindah ke sebuah lokasi penempatan lain.

Manakala penyanyi popular, Shila Amzah turut berkongsi berita mengenai kediaman keluarganya di Hulu Langat yang dinaiki air, namun beliau menzahirkan kesyukuran kerana semua ahli keluarganya selamat.

Katanya, paras air di kawasan sekitar tersebut berada pada paras tinggi sehingga mencecah paras dada.

“Tak boleh bayangkan yang duduk atas bumbung berjam-jam sebelum bantuan sampai. Babies, mak-mak dalam pantang..orang tua Ya Allah! Semoga semuanya dipermudahkan untuk yang terkesan.Thank you buat semua yang tolong semalam.

“Sha tak ingat apa dah, ambil phones, pampers, susu, bantal busuk dan sepasang baju dia. Memang fikir anak je..Nasib la ada syahir tinggi boleh angkat setengah. 

“Masa kami keluar pukul 6 pagi, air kat dalam rumah sampai lutut.. Tapi rumah agak tinggi sikit..lepas tu turun ke jalan jadi paras dada.. Suruh my daughter pakai pelampung lengan tu.. Ya Allah,” katanya di Instagram. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here