73 jalan di Selangor masih ditutup

0
2

SEBANYAK 73 jalan utama dan beberapa lebuh raya di seluruh Selangor ditutup berikutan masih dinaiki air sehingga jam 4 pagi tadi dan jumlah tersebut dilihat meningkat berbanding semalam.

Penutupan antaranya melibatkan kawasan Shah Alam, Klang, Subang Jaya, Sungai Buloh, Sepang, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

Laluan yang ditutup itu mencatatkan peningkatan berbanding 71 jalan pada 10 malam tadi.

Lebuh raya yang terbabit adalah Lebuhraya Shahpadu, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya NKVE.

Bagaimanapun dalam kenyataan PLUS, Lebuhraya dan persimpangan bertingkat Shah Alam mula beroperasi secara berperingkat sejak pagi hari ini.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor memaklumkan perkembangan penutupan akibat banjir itu dibuat menerusi pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Senarai nama jalan itu adalah seperti berikut:

IPD Klang Utara
Lebuhraya Shahpadu; Jalan Haji Sirat Menghala Kapar; Persimpangan Jalan Meru; Persiaran Sg Keramat; Batu 4 Jalan Kapar; Grand Shahpadu Tol Rantau Panjang; Jalan Meru Setia Alam Klang Central; Jalan Inang 5 Bukit Raja dan Jalan Bukit Kapar.

IPD Sg Buloh
Simpang Empat Bandar Desa Coal Field Puncak Alam Berdekatan Dengan Lampu Isyarat dan Jalan Bukit Cerakah Desa Coalfield Menghala Alam Jaya;

IPD Subang Jaya
Jalan Kampung Kenangan, USJ 8; Jalan Jurutera, Bukit Puchong; Kampung Bestari, Bukit Puchong; Kampung Seri Aman, Bukit Puchong; Kampung Sri Puchong, Bukit Puchong; Lorong Ikan Sepat Kg Bukit Lanchong, Putra Heights; Lorong Ikan Keli Kg Bukit Lanchong, Putra Heights; Lorong Ikan Haruan Kg Bukit Lanchong, Putra Heights; Jalan Kampung Tengah, Putra Heights; Jalan Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights dan KTM Batu 3, Subang Jaya

IPD Kuala Langat
Jalan Sukepi; Jalan Kg Jenjarom; Jalan Bukit Komandol; Jalan Rimbayu; Jalan Masjid Bt. 9; Jalan Garuda; Jalan Kasawari; Jalan Tiong; Jalan Jalak; Jalan Murai; Jalan Merak; Jalan Perepat; Jalan Prupuk; Jalan Makmur; Jalan Mikon; Jalan Ibrahim; Jalan Kuntoni; Jalan Borhan; Jalan Bukit Serdang; Jalan Perak Kiri; Jalan Sentosa; Jalan RRB; Jalan RTB; Jalan Pinggir Dua; Jalan Pak Rashid; Jalan Rantau Panjang dan Jalan Wak Iman.

IPD Sepang
Jalan Labu Lanjut/Taman Dataran Abadi; Jalan Kota Warisan/BBST; Jalan Bukit Canggang/ Bandar Baru Salak Tinggi; Jalan Salak/Sepang dan Jalan Kg Ginching (hadapan Masjid);

IPD Shah Alam
Jalan HICOM; Persiaran Jubli Perak Sek 19; Lebuhraya LKSA Dari Arah Jubli Perak ke Plaza Tol Sri Muda; KM 8.5 NKVE; Jalan Bukit Kemuning Dari Persiaran Kuala Selangor ke Sri Muda dan Lebuhraya Elite Kedua Arah;

IPD Klang Selatan
Jalan Raja Nong Klang; Jalan Teluk Pulai; Jalan Kampung Delek; Jalan Teluk Gong; Jalan Sungai Jati; Jalan Perigi Nenas; Jalan Johan Setia; Jalan Selat Damai; Jalan Kampung Pandan dan Jalan Kg Nelayan Teluk Gong

IPD KLIA
Jalan bulatan Masjid KLIA menghala Charterfield KLIA dan Jalan Banting menghala ke Nilai (Hadapan Bomba KLIA)

IPD Hulu Selangor
Jalan Kuala Kubu Bharu – Bukit Fraser menghala ke Peretak – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here