Korban banjir ditemui terapung dalam rumah

0
2

MAYAT lelaki ditemui terapung oleh pasukan bomba dan penyelamat, di tingkat bawah Blok C, Flat Taman Pertama, Dengkil, hari ini.

Korban terbaharu banjir di Selangor, ditemui lemas di kediamannya pagi tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Shafizol Mohd Nor berkata, kejadian itu menjadikan kes kedua korban akibat banjir di kawasan itu.

Shafizol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 7.50 pagi dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemukan mangsa dalam keadaan terapung di tingkat bawah blok berkenaan.

Menurutnya, bomba tiba di tempat kejadian pada 8.10 pagi dan kawasan berkenaan masih dinaiki air.

Katanya, setiba di tempat kejadian bomba membantu mengangkat mayat mangsa dikenal pasti sebagai Kaniappan Vathumalai, 52.

“Ketika kerja-kerja menyelamat dijalankan, paras air setinggi dua meter namun operasi dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki berusia 30-an maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melalui premis perniagaan di Taman Deluxe, Dengkil ketika banjir -Malaysiapost

Kredit Foto: Ihsan JBPM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here