Raja Permaisuri Agong lawat mangsa banjir di tiga PPS

0
3

RAJA Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar dulu melawat mangsa banjir di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Istana Negara, Tunku Hajah Azizah Aminah melawat PPS yang terletak di Kuala Lumpur dan Dengkil.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, PPS SRJK Tamil Saraswathy, Brickfields dan PPS Sekolah Rendah Agama Kg Dato’ Hj Ahmad Razali, Dengkil, Selangor,” kata kenyataan itu.

Hari ini juga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat mangsa banjir di PPS Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Usai melawat mangsa banjir, Al-Sultan Abdullah berkesempatan singgah di gerai berhampiran untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan peniaga dan orang ramai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here