‘Doa untuk semua agar dilindungi, diberkati’ – Najib

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkesempatan meluangkan masa melawat mangsa banjir yang terjejas di Masjid Alam Impian, Shah Alam hari ini.

Perkongsian di laman Facebooknya memaklumkan, masjid tersebut kini dijadikan pusat pemindahan sementara bagi mangsa banjir di kawasan sekitar.

Dalam masa sama, masjid tersebut menjadi tempat berteduh bagi mereka yang tidak dapat meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

“Ramai bimbang akan keadaan rumah dan harta benda. Ada yang tidak sempat menyelamatkan barang kepunyaan. Ambil apa yang ada saja.

“Saya faham saudara saudari amat risau akan kerosakan dan kerugian yang dihadapi. Yang penting kini kita perlu pastikan semua selamat, sihat terutama anak-anak kecil dan warga emas.

“Doakan untuk semua agar sentiasa dilindungi dan diberkati,” katanya dalam hantaran itu.

Hujan lebat berlarutan selama dua hari sejak kelmarin mengakibatkan kawasan sekitar Lembah Klang dilanda banjir dengan Selangor menerima kesan terburuk selepas lebih 3,000 mangsa dipindahkan ke 30 pusat pemindahan sementara (PPS). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here