Sudah hampir 30,000 mangsa banjir dipindahkan

0
2

JUMLAH mangsa banjir bagi lapan negeri yang terjejas sehingga jam 4 petang tadi adalah seramai 29,523 mangsa membabitkan 9,281 keluarga.

Berdasarkan data di aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 333 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah dibuka setakat ini.

Lapan negeri yang dilanda banjir adalah Pahang, Selangor, Kelantan, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu dan terbaharu Perak.

Pahang masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan peningkatan dilaporkan iaitu seramai 13,345 mangsa membabitkan 3,704 keluarga di 182 PPS berbanding 10,256 orang daripada 2,883 keluarga pada 12.25 tengah hari tadi.

Ia diikuti Selangor yang mencatatkan seramai 9,866 mangsa daripada 3,751 keluar di 66 PPS berbanding 5,628 mangsa membabitkan 2,977 keluarga di 62 PPS tengah hari tadi.

Di Kelantan pula seramai 4,321 mangsa membabitkan 1,042 keluargq dipindahkan ke 51 PPS setakat ini, manakala Melaka seramai 594 mangsa daripada 123 keluarga di 10 PPS, diikuti Kuala Lumpur yang tiada pertambahan mangsa dengan 526 mangsa daripada 463 keluar yang ditempatkan di tiga PPS.

Negeri Sembilan merekodkan 499 mangsa daripada 111 keluarga di 12 PPS, manakala Terengganu merekodkan penurunan mangsa kepada 286 orang daripada 66 keluarga di lapan PPS berbanding 332 mangsa membabitkan 102 keluarga di enam PPS tengah hari tadi.

Mangsa banjir di Perak pula menunjukkan sedikit peningkatan dengan mencatatkan 86 mangsa daripada 21 keluarga berbanding 46 mangsa daripada 13 keluarga di satu PPS tengah hari tadi – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here