Hanya laluan Genting ke Gombak boleh dilalui – ANIH

0
2

SYARIKAT konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad memaklumkan hanya laluan dari Genting menghala ke Gombak boleh dilalui, dan kesemua jalan lain adalah terhalang berikutan kejadian banjir dan tanah runtuh.

Dalam satu kenyataan syarikat berkenaan memaklumkan, buat masa ini kebanyakan laluan masih terhalang dan pengguna boleh mendapatkan maklumat semasa laluan alternatif menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang.

“Untuk makluman, syarikat sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya. Untuk itu, kerja-kerja membaik pulih kawasan- kawasan yang terjejas akan dilakukan segera.

“Mangsa-mangsa yang terkandas di lebuh raya juga akan diberikan bantuan sewajarnya oleh petugas lebuh raya seperti bantuan makanan dan minuman.

“Bersama-sama panjatkan doa supaya banjir di Pahang dan negeri-negeri lain pulih sepenuhnya,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, bagi mendapat maklumat lanjut pengguna boleh ikuti laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik.

Orang ramai juga boleh melayari laman Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur dan menghubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here