Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu terpaksa diadakan ketika negara dilanda banjir – Muhyiddin

0
2

PERHIMPUNAN Agung Tahunan Bersatu pada hari ini terpaksa diteruskan kerana mengikut perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan 1966, kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, bagaimanapun sebaik sahaja selesai perhimpunan, jentera-jentera parti Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) diarah untuk turun ke kawasan-kawasan yang terjejas untuk membantu semua mangsa banjir di seluruh negara 

“Di awal ucapan ini saya ingin menzahirkan rasa dukacita di atas bencana banjir yang sedang melanda negara pada hari ini.

“Hujan lebat yang beterusan hingga hari ini telah menyebabkan beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Kuala Lumpur ditengelami air,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, ramai yang juga yang dilapirkan terkandas, kenderaan rosak kerana dimasuki air dan sebagainya. 

Katanya, kesemua ini memerlukan perhatian diberikan untuk membantu mangsa banjir yang terlibat.

“Saya sedar ada dikalangan ahli yang terkandas dan tidak sampai ke perhimpunan ini. Tidak apalah saya sedar saudara saudari yang berada di sini sebahagian besar juga kawasannya terlibat.

 “Ketua-ketua Bahagian berasa gundah gulana, bimbang kalau musibah ini akan membawa kesan yang amat buruk kepada kawasan masing-masing.

“Kalau terpaksa pulang selepas perhimpunan ini, atau pun tidak dapat meneruskan kerana perlu cepat ke kawasan bencana, pergilah dan kita tidak akan menghalang saudara saudari kerana yang penting adalah rakyat. Kita adalah parti yang mendokong dan sentiasa prihatin tentang masalah rakyat,” katanya.

Muhyiddin berkata, susulan itu beliau bersetuju atas saranan Ahli-Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi supaya Bersatu hari ini melancarkan tabung bantuan banjir 2021 dengan Dana permulaan sebanyak RM1 juta untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.

“Sebentar lagi kita akan edarkan tabung sumbanglah apa yang terdaya supaya kita dapat metingankan beban mangsa banjir dikalangan rakyat kita.

“Saya berdoa semoga kita semua selamat daripada musibah banjir yang sedang melanda negara kita ini,” katanya. 

Terdahulu Malaysiapost melaporkan netizen mengecam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang diadakan hari ini kerana dikatakan tidak sensitif dengan keadaan rakyat yang dilanda musibah banjir di beberapa negeri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here