Rumah Prihatin dibuka untuk mangsa banjir

0
1

RUMAH Prihatin@Grand Season akan menempatkan mangsa banjir mengikut kapasiti dan keutamaan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi Twitternya pagi tadi.

Selain itu, tambahnya, Dapur Prihatin turut akan menyiapkan  masakan untuk dihantar ke kawasan yang memerlukan.

Selangor antara negeri yang paling teruk terjejas hingga melumpuhkan pergerakan di kebanyakan kawasan yang terjejas, sejak semalam.

Beberapa kawasan di ibu negara turut mula dinaiki air sejak malam tadi termasuk Dataran Merdeka dan kawasan sekitar.

Negeri lain yang turut terjejas susulan keadaan hujan luar biasa yang berterusan sejak Khamis lalu adalah Pahang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here