Lebih 6,000 mangsa banjir di Selangor dipindahkan

0
2

KESELURUHAN mangsa yang terjejas akibat banjir di Selangor dilaporkan seramai 6,242 orang setakat jam 8 pagi tadi membabitkan enam daerah.

Pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan, semua mangsa banjir itu ditempatkan di 80 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Setakat jam 8 pagi ini, 6,242 mangsa sudah ditempatkan di 80 PPS di daerah Klang, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Langat.

“Data sedang dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan semalam, memaklumkan hujan luar biasa sejak pagi Jumaat dan berterusan, ditambah dengan kejadian air pasang menyebabkan beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor memaklumkan bahawa taburan hujan sudah mencecah 380mm.

“Jumlah ini adalah lebih dua kali ganda taburan hujan tertinggi yang dicatat sebelum ini iaitu kira-kira 180mm. Air pasang di kawasan terbabit banjir pula mencecah hingga 4.5 meter,” katanya.

Susulan itu kerajaan negeri turut memohon bantuan kerajaan pusat dari segi aset serta keanggotaan termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here