Kemenangan besar GPS, kemenangan rakyat Sarawak

0
3
https://www.facebook.com/abangjoofficial

PENGERUSI Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Abang Openg menyifatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 adalah kemenangan rakyat negeri itu.

Beliau merakamkan penghargaan terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana memberi mandat kepada GPS untuk memerintah negeri selama lima tahun lagi.

“Saya merasakan kemenangan besar ini adalah kemenangan rakyat Sarawak, khususnya dalam meletakkan Sarawak sebagai sama rata dengan Semenanjung Malaysia iaitu ‘regional partnership’ dalam Malaysia.

“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak yang memilih kami untuk memerintah negeri ini ke arah lebih cemerlang,” katanya ketika sidang media di Kuching, malam ini.

Beliau berkata, kemenangan GPS ini memberi isyarat rakyat di Bumi Kenyalang menaruh keyakinan kepada parti itu untuk menjadikan Sarawak bertambah cemerlang di masa hadapan.

“Di mana rakyat telah memberi mandat kepada kita, Sarawak diutamakan, rakyat memberi isyarat bahawa kestabilan politik adalah penting bagi kita meneruskan usaha pembangunan untuk bumi kenyalang yang bertuah ini.

“Mandat ini juga memberi kuasa kepada GPS untuk meneruskan pembangunan ekonomi yang mampan dan dasar sosial yang mengutamakan rakyat.

“Ia juga memberi isyarat betapa pentingnya kita rangkumkan semua kaum dalam pembangunan negeri kita ke arah 2030 tidak kita perbezaan etnik dan agama,” katanya.

PRN Sarawak yang berlangsung hari ini menyaksikan GPS menang 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Parti Sarawak Bersatu (PBS) dan DAP masing-masing memenangi dua kerusi.

Sementara itu, PKR, Amanah dan Pas tidak memenangi sebarang kerusi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here