GPS menang besar

0
2

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kali ini dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Berdasarkan keputusan rasmi di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga jam 9.50 malam tadi, GPS memenangi 60 daripada 82 kerusi dipertandingkan.

Manakala berdasarkan keputusan tidak rasmi pula, GPS secara keseluruhan memenangi 76 kerusi Dewan Undangan Negeri DUN (DUN) Sarawak.

Keputusan rasmi menunjukkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan DAP setakat ini masing-masing hanya memenangi dua kerusi.

PSB yang bertanding di 70 kerusi dilaporkan secara keseluruhan hanya memenangi empat kerusi dalam PRN Sarawak ke-12 ini, dengan Presidennya Wong Soon Koh mengekalkan kerusi Bawang Assan, manakala Baru Bian menang sekali lagi di Ba’Kelalan.

PSB juga dilaporkan menang di Simanggang dan menawan kerusi Engkilili daripada GPS.

DAP yang menang tujuh kerusi manakala PKR tiga kerusi dalam PRN Sarawak ke-11 yang lalu, kali ini dilaporkan hanya memenangi dua kerusi daripada 24 kerusi iaitu di DUN Padungan dan Pending.

PKR pula dikatakan tewas di semua 28 kerusi yang ditandingi, begitu juga Amanah kalah di semua lapan kerusi DUN ditandinginya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here